Tuesday 1 November 2011

Ayam Kampung Goreng Berempah


~~Ayam Kampung Goreng Berempah~~

Bahan bahan :

1 ekor Ayam Kampung
3 sudu besar cili mesin
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil garam halus (ikut citarasa)
Sedikit daun kari

1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 btg serai *

Cara cara:

Bersihkan ayam dan dipotong mengikut pilihan sendiri. Blend semua bahan bertanda *. Gaul rata bahan yg dikisar tadi bersama cili mesin, serbuk kunyit, garam halus dan daun kari. Perap seketika di dalam peti sejuk lebeh kurang 1/2 jam (lg lama diperap, lg sedap).

Kemudian, bila hendak menggoreng taburkan sedikit tepung gandum n gaul rata supaya rempah tu melekat pada ayam bila di goreng. Goreng hingga masak dan berwarna cam golden brown dan hidang.. NyumNyumm.. :P

**p/s: kalau suka, boleh juga ditabur sedikittt jer serbuk perasa (ajinomoto) utk merangupkan ayam setelah digoreng.

Selamat Mencuba.. (",)

No comments: