Tuesday 1 November 2011

'SERIMUKA' a.k.a 'PULUT SEKAYA'

'SERIMUKA' a.k.a 'PULUT SEKAYA' 

BAHAN BAHAN

Lapisan atas:
200 ml santan kotak (Ayam brand)
1 cwn. gula pasir
4 biji telur
2 cwn air
10 helai daun pandan
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau
sedikit kulit kayu manis dimesin bersama daun pandan (klu suka)

Lapisan bawah :
3 cawan beras pulut susu (direndam 1 jam)
200 ml santan kotak (Ayam brand)
1 cawan air
garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)


CARA CARA

Utk. Bahagian Bawah :
Toskan beras pulut yang telah direndam tadi. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Satukan santan, air dan garam, kacau dan masukkan ke dalam pulut. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pulut masak. Kemudian, tekan dan mampatkan pulut tu.

Utk. Bahagian Atas:
Blend daun pandan bersama 2 cawan air dan kulit kayu manis (klu suka), perah ambil airnya. Daun pandan tu jangan blend sampai halus sangat yer nanti terasa cam perat. Pernah dengar tak perat tu eak? Saya pon tak taulaa istilah lain nak nyebutnya tu, pasai selalu mak saya cakap tu lah. Dia cam terasa getah dia kowt, beh kurang camtu lah.

Satukan santan, gula, telur, garam, air daun pandan dan pewarna hijau kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung kacau lagi hingga sebati dan tapiskan agar tidak berketul. Akhir sekali tuangkan adunan ini keatas adunan pulut tadi dan kukuslah selama 45 minit lagi atau sehingga masak.

Tunggu sehingga kuih sejuk baru potong bukan apa kalau masih panas kuih tak berapa comel bila dipotong.

* p/s : balut tutup pengukus dgn kain atau tuala supaya wap tak jatuh di atas permukaan kuih. Selamat Mencuba  :)

No comments: