Tuesday 1 November 2011

TEPUNG PELITA




Alhamdulillah.. Arini berjaya juga buat kueh 'TEPUNG PELITA' untuk berbuka tadi. Thank you very much Puteri Elaira for the mabeles recipe. Asben akak pun terperanjat tadi.. Siap tanya, mana akak belajar.. Mohon share recipenya di sini yer, untuk rujukan akak dan teman teman di masa akan datang.


BAHAN BAHAN (12 cups )

Bahagian Bawah (hijau) :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula (ikut citarasa)
5 cawan air
5 helai daun pandan 
Sedikit kapur
Sedikit pewarna hijau

Bahagian Atas (putih) :
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
200 ml santan (ayam brand)
3 cawan air
2 sudu kecil garam (ikut citarasa)


Mesin daun pandan dengan sedikit air dan tapis amik airnya. Jangan mesin halus sangat, nanti terasa sangat getahnya. Mesin ala ala manja jer.
Satukan bahan untuk bahagian bawah (hijau). Gaul hingga rata, masak dan kacau hingga masak dan berkilat. Kemudian masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau guna daun pandan atau daun pisang lagi sedap.

Satukan pula bahan utk bahagian atas (putih). Gaul hingga rata, masak dan kacau hingga masak dan berkilat juga. Kemudian tuang ke atas tepung hijau yang di dalam bekas atau acuan tadi.

Sejukkan dan boleh dihidang. SELAMAT MENCUBA~~


No comments: