Saturday 24 December 2011

Gulai IKAN SEMBILANG

Assalamualaikum.. :)

Hmmm.. nampaknya hujan tak berenti berenti turun sepanjang hari.. Sejuk sungguh rasanya. Air paip pon dah macam air batu rasanya. Redha jerlah.. Segala yang baik itu hanya dari Allah SWT dan segala yang buruk itu dari saya. Alhamdulillah.. :)


Harini saya masak menu yang paling digemari keluarga, dari Ibubapa ke adek adek sampailah ke anak saya. Dari dulu kalau Mak masak jer Gulai Ikan Sembilang ni, hrmm.. memang tak senang duduk lah kami adek beradek. Suka sangat sangat. Kena pulak dengan Mak punya sambai belacan, perghhh.. mmg keluaq ayaq idunglah.. ;P



Ikan sembilang ni agak hanyir, kena ada cara utk memasak dia supaya boleh hilangkan hanyir dia. Petua mak saya camni, masukkan beras tumbuk yang digoreng sangai (tanpa minyak) sedikit dan juga patah patahkan 2-3 batang cili hijau ke dalam gulai tu. Insyaallah, sedappp.. itulah petua dari dari Ibunda tercintaku.. Anak Jati Pulau Pinang aka Mamee Tanjung yang dapat saya kongsi bersama kengkawan. Mak selalu pesan, jangan kedekut resepi, pahalanya.. Subhanallah.. bukan mengharap balasan pahala yer.. cuma mungkin itu ayat terbaek untuk menilai kebaikan berkongsi kongsi resepi masak memasak ni.. :)



Ni BAHAN BAHAN yang saya gunakan :
1kg Ikan Sembilang
50gm Rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan kotak (Ayam Brand)
1 liter Air
1 sudu besar halba campur
1 sudu besar Beras tumbuk
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa


CARA CARA :
Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih ikan tersebut. Sebaik baiknya ia dicuci dgn cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. Ikan tu juga bolehlah dipotong mengikut citarasa memasing.

Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dgn cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Rempah kena garing betul betul yer, kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita. Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dgn baik. Beras tumbuk tu juga dah boleh dimasukkan.

Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing. Saya suka lebihkan sikit air asam bagi ikan ni sebab ikan sembilang ni agak hanyir sedikit. Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan ikan dan garam secukup rasa. Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila ikan dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah.. ;P


Hidangan Gulai Ikan Sembilang ni juga enak dimakan bersama roti, chapatti dan roti canai. Perghhh.. tetiba teringatlaa pulak pada Roti Canai Telur + Bawang Mak.. :P
Apa apa pon.. Selamat Mencuba yer.. Kalau kengkawan cakap sedap, saya lagilaa bahagia.. :)


4 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

amboi k shiela, mmng mnyerlah ksdpnnya tu ;D

Shiela said...

thanks :)

Unknown said...

Saya cuba resepi pn. Ni...fuh!mmg.trangkat...

AlyaJuanda- Langkawi Cupcakes said...

Betul2 menyelerakan...mohon share..tq