Monday 19 December 2011

JOM BUAT KARIPAP


Assalamualaikum.. KARIPAP.. Sapa jer yang tak kenal karipap kann.. Kuih tradisional kita yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Boleh dikatakan apa sajalah majlis, mesti tak ketinggalan kuih karipap ni. Tak payah pergi jauh jauh, dalam rumah saya ni jer dah cukup. Memang alah membuat, menang memakanlah. Yang heran tu, dorang tak jemu jemu.




Hari ini saya nak berkongsilah cara cara untuk membuat karipap yang saya tahu sikit sikit. Resepi dan cara membuat karipap ni adalah resepi asal dari ibunda tercintaku. Saya memang membesar dengan karipap ni. Maklumlah dulu abah sekadar kerja gomen, jadi mak terpaksalah membantu kedudukan kewangan keluarga untuk membesarkan kami adek beradek. Dan saya pula sebagai anak sulong, memang terpaksalah membantu mak untuk menyiapkan karipap utk jualan harian atau tempahan. Hrmm.. Sian Mak.. Kami tak lupa penat lelah Mak, yer Makk.. sedeylah pulak mengenangkannya.. Apa pon, hanya Allah Taala yang dapat membalas pengorbanan Mak itu. Jomlah kita buat karipap.




Mula mula kita siapkan INTInya.

BAHAN BAHAN : 1kg kentang, 250 gm daging, kalau nak banyak daging boleh tambah lagi (kalau tak suka daging, ayam atau udang kering), rempah kari daging 30gm, 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih untuk menumis, satu sudu besar lada hitam ditumbuk kasar (kalau suka), daun sup dan daun bawang (pun kalau suka), garam dan gula secukup rasa.




CARANYA : Tumis bawang besar dan bawang putih yang diracik halus sehingga keemasan, masukkan daging yang dicincang atau dipotong halus, bila daging dah separuh masak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air, goreng rempah hingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong dadu, masukkan air agak agak hampir tenggelam kentang dalam kuali, masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa. masak hingga kentang tu empuk dan kering. last sekali masukkan daun sup dan daun bawang untuk aroma yang harum.




Selepas itu kita buat pula DOUGH untuk 'Karipap'.




BAHAN BAHAN : 1kg tepung gandum, 1/2 cawan margarine, 1 cawan minyak masak, air lebih kurang 450 ml, garam 2 sudu kecil.




CARA CARA : Masakkan minyak masak bersama margarine hingga betul2 panas dan tuangkan ke dalam tepung gandum, gaul rata ngan tepung tu, bila agak suam, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga rata dan sebati. Rehatkan sekejap dough selama lebih kurang 20 minit sebelum digelek untuk proses seterusnya. Kalau tak nanti tepung agak liat dan payah sikit untuk dibentuk.




Gambar di atas menunjukkan serba ringkas cara cara untuk membentuk Karipap yang dapat saya tunjukkan dan share dengan kengkawan. 

Bila sudah siap, bolehlah digoreng. Goreng dengan api yang sederhana sahaja. Mula mula menggoreng jangan bagi minyak tu panas sangat. Kalau minyak panas sangat nanti kulit dia jadi tak cantek, cam berkutil kutil tu. Kena kerap balik balikkan karipap masa menggoreng tu juga supaya ia masak sekata dan sempurna rupanya.




Kalau nak frozenkan pun boleh juga. Masukkan karipap yang sudah siap ke dalam peti sejuk bahagian beku sekejap hingga agak keras sedikit, senang untuk dipegang @ handle. Simpan terus kat freezer tu dalam bekas yang bertutup supaya kulit dia tidak kering dan merekah. Insyaallah boleh tahan lama. Bila nak makan, boleh terus goreng, tak payah nak thaw @ nyahbekukan dulu. Masukkan jer terus.. from the freezer to the pan, bila minyak dah panas. Senang jer kann. Selamat Mencuba.. (",)




Bila saya sedang sibuk sibuk membuat karipap aritu, tetiba anak dara tunggal saya tu merapatkan dirinya dan berkata, "Ibu, bagi girl cuba buat".. dia pun terus mencuba. Alhamdulillah dengan tak pernah saya sangka dia dapat melakukannnya dengan baik walaupun taklah perfect sangat rupanya. Tapi pada sentuhannya yang pertama saya sebagai seorang ibu merasa agak kagum juga. Saya pun tanpa berlengah lagi, teruslah capai kamera dan inilah rupanya karipap dak Farrah yang pertama yang dapat saya abadikan di sini. I'm so proud of you my darling.. :)




Ujan ujan ni sedap betul dapat layan karipap. Memang sedap sungguh dan sesungguhnya kami anak beranak memang tak pernah jemu. Herannn.. hehee.. Bila ada kelapangan, bolehlah cuba buat sendiri karipap ni yer kengkawan. Air Tangan Ibu adalah yang terbaik untuk keluarga tercinta. Penuh barokah dan kasih sayang. Insyaallah.. 





37 comments:

CT Delima said...

As'salam Shiela

Karipap ni siapa2 pun tak pernah jemu. k.ct kalau buat pun anak2 dan suami mesti suka. cuma malas dengan tidak jer lah nak buatnya kan.

Tapi shiela buat ni banyak juga kan...geram pulak tengok cantik tersusun..hehehe

sekamar rindu said...

salam...

saya suka karipap sadin...bestt.

Chik Mimi said...

Assalam kak shiela ,saya suka karipap tengok karipap akak cantik aje,kak any tips tak kadang2 bila buat karipap frozen intinya macam masam sikit kenapa ye

Shiela said...

wsalam semua.. :)

Chik mimi, kentang mmg tak boleh lama kt luar. klu boleh, lepas buat inti tu, setelah sejuk terus buad.. jgn sampai terbiar semalaman. Dia akan jadi masam. Lepas buat tu terus frozenkan. Simpan tu pon kena kat bahagian yg beku tu. Baru dia tahan lama tanpa berubah rasa.

Amie said...

Selamat malam Sheila,
cantiknya mengelim karipap tu, rapi dan tersusun kemas!

Shiela said...

terima kasih Amie.. :)

Zainab Salleh said...

Tkasih kerana berkongsi resepi...rasanya yg terbaik sekali yg pernah saya temui...semuga anda diberkati Allah, insyaallah...

Shiela said...

Ameen.. terima kasih kembali Zainab.. :)

Melly Octaviana said...

Hey Sheila. Thanks for the recipe , kapan kapan melly mau coba buat nya.kami juga suka makan karipap,hari hari pun boleh ..hehe
btw..salam kenal dari melly,follower no. 108

Shiela said...

Hi Melly.. Thanks to u too.. Selamat mencuba ya.. :)

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Sheila, akak pun membesar dengan karipap juga. Ibubapa akak menjual membuat dan menjual karipap. Wang saku bulanan semasa akak belajar di universiti dulu pun hasil daripada jualan karipap. Cara sheila buat karipap memang sama dengan bonda akak buat. Cuma masa tumis intinya, bonda akak letak daun kari. Orang Penanglah katakan... tak lari daun kari. Akak memang garenti karipap sheila ini memang sedap. Sebenarnya akak dah lama nak masukkan entri karipap ni dalam blog akak, tapi x buat-buat. Tak larat nak uli tepung...

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Izinkanlah akak kongsi resepi ini dalam blog akak nanti ye! Terima kasih.

Shiela said...

Boleh ajer Kak Noor.. hmm saya pon asal org Penang gak Kak Noor.. cuma dah byk merantau pasal abah dulu polis.. tu yang byk menu kari jer kat saya ni.. hehee.. waa bestnyer jumpa org kampung.. :)

SARIMAH MD ALI said...

Assalam Sheila...cantik dan kemas.

Shiela said...

Wsalam Sarimah.. Terima kaseh.. :)

Ummi said...

Assalam Sheila, alahaaii sedapnya karipap, lama x buat...bak mai sini 10 ketuiii...gerenti habis kat akak taauuu..nak2 yg inti keledek, x ingt dunia akak makan...hehe

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Sheila..

Bestnya kak tgk karipap yg tersusun2 tu.. Terliur Naz.. Lama rasanya Naz tak buat karipap. Suka gak buat bnyk2 mcm akak ni dan frozenkan. Senang, bila nak makan dah ada je. Tak yah nak gentel2 bnyk kali...Bila2 nk try resepi akak la..

Shiela said...

Wsalam kak Ummi cayang.. nanti saya anto pos laju yer.. tunggguuu.. hehee..

Shiela said...

Wsalam Naz.. Selamat mencuba yer.. :)

Azie said...

Suker nyer melihat gambar gambar di sini. Cantik sangat. Tahniah.

Regard
Azie Kitchen

Shiela said...

mekaseh Azie.. maaf baru perasan comment Azie..

zila norazila said...

salam syg kak shiela,
org klu wt jual mesti sedap karipapnye..keep resepi akk nie..nanti2 boleh zila cuba jgk ..klim tu cantik jew..adoiii zila rasa tgn nie kurg mahir klu klim2 nie kak

Shiela said...

Wsalam zila cayang.. boleh tu, kelim jer pelan pelan.. insyaallah jadi.. Selamat Mencuba!

sHa AhM@d said...

lama juga tak buat karipap ni..sedap pulak nampak..

Sharing with SuperMak said...

Salam kak...saya baru 1st time buat karipap..dah kul 1 pagi ni,baru siap..nak kate jadi tu,jadila jugak..dpn kuali dok makan je..

Tapi,saya ade soalan...saya xpandai nk buat kelim tu,so saya guna acuan karipap..masalahnye,kelim die terbukak skit bila dah siap digoreng..mcm mana nk elakkan supaya die x terbuka?

Yg ke-2,saya cuba jugak nk buat kelim tp doh saya mcm lembut sgt..nk buat kelim pun payah...ape yg perlu saya lakukan?

harap akak bolrh kongsi tips... :)
Thanks kak...

Shiela said...

Wsalam Glory.. kalau guna acuan tu mmg tak rapat sgt. Cuba nanti dipicit sikit tepi tu. Kalau doh tu lembut sgt, cuba kurangkan sikit air. Air tu masuk sikit demi sedikit dulu. Selalunya saya buat ok plak. Sukatan tepung tu, guna ukuran cawan metrik betul yer.. Bukan cawan minum kopi taww..

aiwa said...

salam sis sy nk tyerlah, betolker klu nk wat frozen kulit karipap2 kn tebalkn ckit dpd biase... ag satu , bp lmer yer bleh thn klu kite frozenkn karipap2 @ kuih2 lain pon.

aiwa said...

owh yer ad ag 1 soalan..hehe..lupe plak..betolker klu nk wat frozen better pki tepung timbang dpd tepung packet?

Tulip Rich Cake & Pastry said...

comei sungguh kelim nye....

rahel said...

Betul2 mengancam bah....bab kelim2 ni kita memang tak pro...

fazliana said...

aisey..nmpak mengiurkan

Unknown said...

Sedap tgk karipap tu....betul ...x Jemu makan...

Unknown said...

assalammualaikum kak shiela....saya nak cuba buat karipap guna resepi akak esok, saya minta halal ya kak...

kd-gardens said...

Bravooo!.... jzkk ..... suke!....nti nk cuba gak :)

Unknown said...

saya suka...
saya mau share...
Thanks

Unknown said...

saya selalu confuse bila sukat guna cawan.cawan sukatan metrik atau cawan biasa kat rumah tu

Unknown said...

saya selalu confuse bila sukat guna cawan.cawan sukatan metrik atau cawan biasa kat rumah tu