Tuesday 6 December 2011

Today's SPECIAL.. :)


Assalamualaikum.. Menu arini 'Masak Lemak Cilipadi Telor Itek' n 'Peria Goreng Berlada'. Awal pagi saya dah masak sebab tengahari nanti my aseben nak kena admit. Bukan ada apa yg serious lah, cuma as usual lah, his regular check up. Mudah mudahan ALLAH SWT memberinya kesihatan yg baik. Aminn..



Hrmm.. takder laa special sangat, saja jer.. tp sesekali makan Gulai Telor Itek ni mmg sedapp.. Kena pulak ngan sayur Peria Goreng Berlada tu kann.. mmg tak hengatlah kan.. hehee.. Ada orang tak suka makan peria ni, pahit katanya. Senang jer nak hilangkan pahit dia tu, rendamkan seketika dgn air garam. Insyaallah akan berhasil.. :)



Lepas siap masak utk Suami saya, Saya pergi pulak makan Dim Sum @ Royal Bintang. Teman saya, Alina Grotte dari Paris, balik bercuti. So, Sepetanglah tadi meluangkan masa, sembang sembang with Madam Paris.. bersama teman teman yg ada berhampiran, Ana, Zai n Sara. Seronok sangat, cuma masa jer yang terlalu mencemburui kami. Insyaallah, ada masa kita jumpa lagi Alina.. We gonna miss U again.. 



No comments: