Tuesday 31 January 2012

NASI TOMATO vs CHICKEN cook RED



Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera. Ni Siaran ulang tayang jer.. Macam ada masalah sikit kat link dia tuu.. So saya share lah lagi sekali resepi Nasi Tomato ni yer..





BAHAN BAHAN :
4 pot rice cooker basmathi
5 pot rice cooker air rebusan ayam
5-6 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia ( dimayang halus)
2 btg serai (dititik)
2 helai daun pandan
sedikit daun pudina
sedikit daun ketumbar atau daun sup (yg mana suka)
100 ml tomato puree
1/2 tin (200 gm) Susu ideal
Garam lebih kurang 2 sudu kecil atau secukup rasa
1/2 cawan minyak utk menumis, dicampur sedikit ghee  (saya guna Olive Oil)
sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)





CARA CARA :
Panaskan minyak, tumis bahan bahan hirisan, halia, serai dan daun pandan. Klu suka boleh tumis bersama sedikit kulit kayu manis n bunga lawang. Setelah bhn tumisan sudah bewarna keperangan, masukkan pula tomato puree dan goreng sebentar. Kemudian masukkan stock ayam, air, diikuti dgn susu ideal. Kacau rata dan masukkan pula basmathi yg telah dicuci n ditoskan. Masukkan juga daun pudina dan tutup periuk. Kemudian biarkan saja ia masak dlm rice cooker. Sesekali dikacau perlahan agar masak sekata. Senang kan... :)

Sedap juga dimakan bersama 'AYAM MASAK MERAH'...




Chicken Cook RED... hahaa.. tu my doter Farrah yang buh nama.. tergelak kami dua beranak tadi, bila tiba tiba dengar nama baru masakan ni keluar dari mulut dia.. sesuka hati jer kann.. hehee.. :D


BAHAN BAHAN :
1/2 ekor Ayam ~~ dipotong dan digoreng
1 biji Bawang Besar *
6 ulas Bawang Merah *
1 ulas Bawang Putih *
2 batang Serai ~~ dititik
3-6 sudu besar cili mesin ~~ikut citarasa
100 gm Tomato Puree ~~ adjust ikut citarasa
1/4 cawan Susu Ideal ~~ jika suka
1 biji Bawang Besar ~~ dihiris bulat
Sedikit Air
Minyak untuk Menumis
Garam dan Gula Secukup Rasa


Panaskan minyak dah tumiskan serai sebentar. Kemudian masukkan bahan bertanda (*) yang telah diblend. Masak dengan api sederhana atau kecil jer hingga garing dan hilang bau cili tu. Bubuh sedikit garam dulu untuk menggaringkan cili tu dengan baik. Kemudian masukkan tomato puree dan goreng sebentar. Selepas itu bolehlah dimasukkan sedikit air atau susu ideal jika suka. Didihkan sebentar dan masukkan Ayam yang telah digoreng. Masak hingga agak kering dan akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris bulat tadi. Rasa garam dan gula secukup rasa. Done..




~~ SELAMAT MENCUBA ~~



Sunday 29 January 2012

Makan MEE KARI Arini

Assalamualaikum  :)

Apa khabar kengkawan semua? Masak apa arini? Saya punya cerita lagi best.. Percaya ke tak, boleh beras dah abis saya tak perasan.. duhhh.. sebab yang last masak nasik aritu anak dara saya yang sorang tulah.. Tak pulak dia bagi tau yg beras dah abis.. anak bertuah tu pulak.. Padan muka aku.. asyik sebok beli bahan buat cake jer kann.. huhuu.. Seb baek Kekande tak hangin.. ngeee.. :D




Nak ker Pasaraya beli beras, malaslaa pulak, ujung ujung minggu ni selalunya panjang queue nak bayar.. tu yang lemah sangat. Makanya, yang senang, buat Mee Mee jerlah nampaknya.. kat Kedai depan ni jer pon ada bahan sikit sikit.. Tu yang Mee Kari lah yang jadinya.. Bolehlaa jugak kann.. Jemu gak asyik makan nasi jer.. wahh.. Jawapan selamatlaa tu.. hikhik.. :)

Kalau nak tahu cane yang punya 'Cooking with Luv' utk Mee Kari ni kenalaa ke dapo sweet dapo ku.. Jom Jommm.. :)




BAHAN BAHAN :

50gm Rempah Kari Seafood jenama MAK SITI 
(klu tkde guna rempah kari daging Babas pun boleh)
6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
3 batang Serai (dititik)
2 ekor Ketam (klu ada budget, nak bubuh lebih pun boleh)
10 ekor udang (ikut suka nak besar mana atau byk mana)
1/4 ekor Ayam (dipotong kecil)
Sedikit Tahu Lampung n Tahu keping
400ml Santan kotak (Ayam brand)
Sedikit daun Kari
Sedikit daun Pudina/daun Ketumbar (klu suka)
Sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)
Satu mangkuk air (pun ikutlaa nk pekat atau cair takat mana)
Garam secukup rasa
Minyak untuk Menumis
** Kalau rajin nak kopek kerang, boleh gak buh kerang.. tabur masa nak makan




Mula mula saya rebus dulu udang tu sekejap. Amik airnya, nanti boleh dimasukkan ke dalam kuah. Kopek sesiap kulit utk ditabur masa makan nanti. Boleh juga siapkan bawang goreng kalau suka. Kalau saya, bawang goreng ni yang paling penting utk menyedapkan lagi rasanya. Mesti buad sendiri, beli punya kurang sedap.

Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, diikuiti dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar, serai, daun kari hingga kuning keemasan. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes dan masukkan sedikit garam supaya rempah tidak mudah hangit. Goreng rempah dengan api perlahan hingga garing dan naik bau.




Pastu bolehlah masukkan ayam dan ketam untuk dapatkan manis ayam dan ketam tu. Bagi saya kalau masak kuah mee kari ni, ketam ni paling penting utk menyedapkan rasa kuah tu.. tak dapat banyak, sekor dua yang kecik pun jadilaa.. lain rasa manis kuah tu kalau ada ketam.  Okay, masak seketika bersama rempah tu kemudian masukkan air rebusan udang tadi, diikuti dgn santan. Setelah mendidih masukkan sedikit daun Pudina dan daun ketumbar untuk aroma yang wangi. Akhir sekali baru masukkan tahu lampung.  

Senang jer kann.. Saya memang suka masak yang senang senang ni.. hehee.. Pasni bolehlah celur mee dan sayur sayur yang nak letak tu. Tapi kali ni saya terlebeh rajin, malas nak mencelur. Paling nyampah masa nak angkat mee tu licin.. dah tu, suami saya mesti nak makan mee kari ni campo ngan kueh teow.. mmg peberet style dia tu. Lagi laa leceh nak mengangkat kueh teow tu lepas celur.. Makanya saya steamkan ajer, senang.. tu yang dengan kukus kukus tu saya angkat buh atas meja.. heheh.. Senang citer.. sshhhh.. Jangan citer kat orang taww.. ;)




Owhh ada lagi satu.. hampir lupa pulak saya, cara nak buat sambal udang kering tu.. Kalau nak buadlah yer.. kalau taknak pon takper. Saya memang kena buadlah.. dah permintaan suami camtu.  Camni buat dia, tumbuk halus dalam 1 sudu besar udang kering. Tumbuk juga sekali 3-4 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Kemudian tumis dgn sedikit minyak hingga garing dan kuning keemasan. Pastu masukkan dalam 5-6 sudu besar cili mesin dan goreng hingga garing. Boleh masukkan sedikit air dan garam. Buh sekeping asam keping dan masak hingga kering. Garam jgn bubuh banyak sangat dulu yer, pasal udang kering tu pon masin gak sikit dan nanti kuah mee kari tu pon dah ada garam. Ni cara saya laa yer.. takder sapa ajar pon.. cuma agak agak sendiri ingatkan rasa yang biasa makan kat kedai tuu..

Hidangan ini cukup utk 1kg mee kuning. Serve bersama sayur sayuran dan bawang goreng mengikut citarasa masing masing.




Alhamdulillah.. saya dah kenyang dahh.. Kalau sudi Cubalah yer.. Cooking With Luv.. ;)



Friday 27 January 2012

BLACK FOREST CAKE


Assalamualaikum  :)


Salam Jumaat juga buat semua kengkawan yang sudi singgah kat dapo saya ni. Arini kejadiannya Cake Utan Itam laa lagi nampaknya. Tak sudah sudah anak saya dok merengek suh buad cake ni lagi. Nak buad yang lain pon tak dapat. Suka sangat pulak dia pada cake ni. Festaim saya nengok dia makan cake cenggini, tak berenti berenti keja mengulang. Selalu tu dia makanlaa jugak, tapi taklah sampai berkali kali sehari. Apa yang sedap sangat tahlaa.. Kejap kejap, "buu.. buuu.. nak cake".. duhh.. naik lemas dibuatnya.





Resepi dia sama jer macam yang saya buat sebelum ni cuma kali ni saya ada add sikit chocolate emulco dalam whipping cream tu. Kononnya nak bagi forest tu black lagi laa.. hehee.. Saya tulis gaklaa recipe tu kat sini yer.. saja jer.. bukan payah pon.. :)




BAHAN BAHAN :
120gm Gula Kaster
100gm Superfine Flour
30gm Serbuk Koko
4 biji Telur
20gm Ovellate
30gm Air Masak
1 sudu teh Esen Vanilla
50gm Butter yg dicairkan




HIASAN :
500 ml Non Dairy Whipping Cream
2 tsp Choc Emulco
Blueberry filling
Fresh cherry
Cooking Choc (diparut)




CARA CARA :
Campurkan semua bahan kecuali butter. Pukul pada kelajuan tinggi hingga kembang dan sebati. Masukkan butter yg telah dicairkan dan disejukkan dulu dan putar perlahan. Gris atau alaskan loyang dgn kertas minyak. Bakar 160'c selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan kek, potong kepada 3 lapisan. Kali ni saya cuba praktikkan dgn menggunakan benang jahit utk memotong cake tu kepada tiga lapisan tu. Alhamdullillah.. mudah dan cantek juga. Cuma, kita kena pastikan juga kedudukan benang tu tidak berganjak atau lari semasa kita menarek benang utk memotong tu.




Pukul lebih kurang 500 ml whipping cream dgn choc emulco atau mengikut keperluan deco memasing hingga bertanduk atau soft peak. Jgn pukul terlebeh.. bila dah elok bertanduk, stop.. kalau tidak nanti dia akan cair balik dan susah nak deco. Sapu lapisan cake yang pertama tadi dengan bluberry filling dulu. Ikut suka laa nak banyak atau manis takat mana. Saya buh nipis jer.. tak suka memanis. Kemudian diikuti dengan whipping cream. Lapiskan dengan lapisan cake yang kedua dan ulangi hingga lapisan seterusnya. Setelah siap ketiga tiga lapisan cake tu saya masukkan seketika dalam peti sejuk supaya whipping cream tu keras sikit dan senang untuk disalut keseluruhannya nanti. Seterusnya, bolehlah dideco atau hias mengikut creativity memasing.



Selamat Mencuba  :)



 Jom kita makan.. Nyum nyumm  ;P


Sunday 22 January 2012

Sotong 'DIL TO PAGAL HAI'

Assalamualaikum  :)

Kengkawan semua masak apa harini? Saya ni dah naik buntu mikirkan apa yang nak masak setiap hari. Nak makan luar hari hari pon jemu gak.. dah tak tau nak makan apa lagi kat luar tu.. balik balik benda yang sama jer.




Arini saya pilih menu yang ringkas dan cepat jer.. Sotong 'Dil To Pagal Hai'.. hehee.. Sebenarnya dulu saya panggil Sotong masak berempah, tapi bila saya pandang sotong ni yg dikelar kelar tu teringat pulak kat Karisma Kapoor dan penari penarinya yang pakai baju cam sotong dikelar tu masa nari dan nyanyi dalam citer industan 'Dil To Pagal Hai'.. ingat tak? Cerita peberet saya dan anak saya tu dulu.. sedap sedap lagu dalam citer tu kann.. tu yang jadi nama tu... hehee.. Ni resepi dari Mak saya sendiri.. memang dari dulu kegemaran kami sekeluarga kalau Mak masak menu ni. Nak nak pulak kalau ada telur dalam perut sotong tu kann.. lagi laa tak sabar tunggu nak makan.. hehee.. Seronoknya bila kenang kenang zaman kanak kanak dulu..

Pastu saya goreng sayur peria berlada ngan udang.. tu jer pon sayur yang ada dlm esbok. Suami saya kalau ke pasar tak pernah tinggal sayur peria tu. Suka sangat dia.. tp mahaplaa yer En Somi, nengok tadi peria tu dah nak kecut dahh.. huahuahua.. ;D

Nak tau ker cane saya masak lauk sempoi ni.. kalau nak, moh ler ke dapo.. ;)





BAHAN BAHAN : 
 500 gm Sotong
25 gm Rempah Kari Daging
1 biji buah Tomato saiz sederhana
1 biji Bawang Besar (dihiris bulat)
1 biji Bawang Besar *
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci Halia *
1-2 biji Ubi Kentang (dipotong wedges)
1 cawan Minyak utk menumis
Sedikit Daun Kari
Garam secukup rasa
Sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)
(blend semua bahan bertanda *)




Bersihkan Sotong dan potong jika suka. Saya tak potong, pasal dalam perut sotong tu ada telur. Kalau potong nanti telur tu hancur, sayang.. tu yang sedap tu.
Panaskan minyak dan goreng Ubi Kentang dulu. Angkat dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan daun kari, bahan yg telah diblend tadi dan goreng hingga kuning keemasan. Selepas itu masukkan Rempah Kari yg telah dibancuh menjadi pes dan sedikit garam, goreng hingga garing dan naik bau. Masukkan pula buah tomato yg dibelah 4, diikuti dengan Sotong. Setelah Sotong itu completely masak, masukkan bawang besar yang dipotong bulat, cili merah n cili hijau yg di potong kasar. Kacau kacau sebentar. Rasa Garam, kalau dah cukup rasa tu kira Done lah..

** Pesanan ringkas  :) 
Jangan masak sotong tu terlalu lama yer.. nanti dia keras atau liat. Kurang enak untuk dimakan. Lagi satu, sotong tu saya kelar kelar selepas masak yer, masa nak hidang cam mamak nasi kandar selalu buat tu.. heheh.. Klu kelar sebelum masak, dia tak jadi cantek camtu.. tapi kalau tknak kelar pon takper.. Ikut rasa hati.. ;)

Okayyy.. Kalau nak tau sedap ker idak, kena cubalah masak yer.. Selamat Mencuba (",)



Friday 20 January 2012

BLUEBERRY TIRAMISU

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang barokah buat Semua :)

Pepagi lagi dah ujan arini kann.. Mendung dan sejuk betul rasanya. Tapi Alhamdulillah menjelang tengahari sang mentari dah mula memberi cahayanya sikit sikit. Dapatlah jugak saya snap picture BLUEBERRY TIRAMISU yang chomel ni.. wahh.. chomel ker?? Masuk lift tekan sendiri laa plak ni.. hehee.. ;D.




Actually, resepi Blueberry Tiramisu ni saya jumpa kat blog Sis Azlita Aziz. Dari detik itu saya amat berminat untuk mencuba. Antara yang menarik minat saya, ianya nampak mudah, menarek dan bila dah dicuba sedap jugak. Terima kasih Sis sudi berkongsi resepi ni. Moga diberkati Allah sentiasa. Saya share resepi tu kat sini pula yer untuk rujukan saya akan datang dan juga untuk kengkawan saya yang ingin mencuba.




BAHAN UNTUK SYRUP :
(dapat 4 glass spt di atas)
150 gm Blueberry filling
80ml air suam
2 sudu besar Gula Icing (optional klu nak manis sikit)
sedikit parutan kulit lemon (optional)
 ** Saya guna blueberry filling terus, mmg suka masam




BAHAN CREAM :
250g cream cheese
250 gm whipping cream
50g gula icing (diayak)




BAHAN LAIN :
1 Packet Biskut Tiramisu (Savoiardi)
Buah Cherry (Optional)
Coklat Parut

Mula mula sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika. Dalam bekas berasingan, pukul whipping cream hingga pekat dan agak kembang. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Kacau dengan spatula hingga rata.

Cara untuk melapis : Mula mula letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan ketika sejuk atau Omputih cakap 'Serve Chilled' :P




NOTE :
Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas. Saya celup gak.. mmg peberet memasam ni.. :)
Boleh juga gantikan Cream Cheese tu dgn Mascarpone Cheese.
Resepi asal pada bahan cream tu guna 125 gm whipped cream dan 125 gm whipping cream. Saya guna 250 gm whipping cream jer terus pasal tu yg ada kt dlm fridge.. tu pon dah sedap.. ;P


~~ SELAMAT MENCUBA ~~



Saturday 14 January 2012

Cotton Soft JAPANESE CHEESE CAKE



Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Semua   :)

Cepat betul rasanya masa berlalu, sekejap jer dah ujung minggu lagi kann. Mudah mudahan kita dilindulingi dan dirahmati Allah sentiasa serta diberi petunjuk dan hidayah sentiasa. Ameenn..




Tadi intai intai dalam fridge, nampak stock Cream Cheese yang 250gm tu adalaa lagi sebuku. Kebetulan cake kat dalam umah pon dah kehabisan. Pikir punya pikir akhirnya amik keputusan buad COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE jerlah. Lama sungguh dah simpan resepi ni, asyik tertunda jer nak buadnya.. Ada jer Cake lain yang potong queue. Tapi tulah.. Saya mohon maaf banyak banyak sebab dah lupa dari mana sumber resepi ni. Aritu Lappy saya ada problem, file recipe saya cam kena virus. Bila suami saya reformat banyak benda yang ilang dan tak dapat diselamatkan. Apa apa pon mohon dihalalkan yer resepi yang sangat sedap ni. Moga diberkati Allah.. 




BAHAN A :
250 gm Cream Cheese
50 gm Butter
150 ml Susu Segar
6 biji Kuning Telur
1 sudu besar Jus Lemon
1/4 sudu kecil Garam
60 gm Superfine Flour
20 gm Tepung Jagung

BAHAN B :
150 gm Gula Kaster
6 biji Putih Telur 
1 sudu besar Jus Lemon

TIPs : Asingkan telur putih dan kuning ketika telur baru keluar dari fridge. Lebih mudah untuk diasingkan kerana telur agak keras dan juga buang tali pusatnya supaya tidak hanyir cake kita nanti.




1. Untuk BAHAN A :
Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan cara double boil. Sejukkan sebentar. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan dan disejukkan tadi dan gaul rata dgn menggunakan senduk kayu jer. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. Saya guna tangan jer.. Petua dari pakar, kalau nak hasil yang terbaekk.. guna tangan jer.. Alhamdulillah.. saya cuba, menjadi pulak. Cuma kalau ada tepung yang berkutil sikit sikit tu saya tapiskan.




2. Untuk BAHAN B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih berbuih (foamy). Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

** PENTING: Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak. Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya. Kalau tak nanti tak menjadi.


~~ Gambar diambil setelah semalaman dalam fridge.. sedap jugak makan sejuk sejuk ~~


3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan kacau hingga sebati (Saya guna tangan gak taww). Sediakan bekas atau loyang yang bersesuaian untuk bake. Saya guna removable loyang anggaran size berdiameter 8in. Bagi cake yang soft camni, cadangkan guna bekas yang removable supaya senang untuk dikeluarkan tanpa menjejaskan rupa cake. Tapi jangan lupa balut bawah loyang tu dengan aluminium foil sebab kita akan bakar dengan kaedah bain marie atau steambath takut masuk air nanti. Tak perlu griskan loyang sebab ini akan menyebabkan cake turun selepas dibakar. Masukkan jer dalam bekas yang removable ataupun kalau takder balutkan jer loyang dengan aluminium foil sebelum dituang ke dalam bekas.




4. Panaskan oven terlebih dahulu dalam lebih kurang 10 minit. Bakar selama lebih kurang satu jam dengan kaedah bain marie atau steambath pada suhu 160 deg Celcius atau mengikut kapasiti oven memasing hingga masak. Saya letakkan pada tingkat yang bawah sekali menggunakan api atas bawah. Setelah masak jangan terus keluarkan dari oven yer. Renggangkan sedikit dulu pintu oven tu sedikit dan lalukan keliling cake tu dengan pisau. Ini adalah juga satu petua supaya cake tu tidak turun balik. Kemudian biarkan dia sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit dulu sebelum dikeluarkan. Kalau terus dikeluarkan dari oven, dia akan mendap atau turun nanti.

** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dulu dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.



~~ SELAMAT MENCUBA ~~


Friday 13 January 2012

Spaghetti MARINARA

Assalamualaikum  :)

Hmm.. dah tido ker semua? Lewat sikit laa update dinner saya ni. Sibuk sikit tadi macam macam hal nak uruskan. Saya masak pun just yang cepat dan simple jer.. Ni dia Spaghetti Marinara cara saya laa.. tah betul ker tak, tak taulaa.. Saya main buad ikut tekak saya jer. Tapi kalau nak nengok macam mana saya menggayakannya, boleyy ajer.. jommm.. ;)


BAHAN BAHAN :
250 gm Sotong
250 gm Udang
250 ml whipped cream
1 kotak mushroom sup brand 'Vono'
200 gm Sour cream (blh kurangkan klu tksuka masam)
Yellow Onion n Garlic
Sedikit Oregano
4-5 helai Bay leaves
Fresh Mushrooms or canned
Capsicums (traffic light colour)
Cherry Tomato
Black Pepper (ditumbuk kasar) n serbuk lada putih
Lemon
Fresh parsley
Olive oil
Garam secukup rasa
Parmesan cheese (utk tabur)



CARA CARA :
1. Panaskan olive oil, tumiskan big onion n garlic yg dah di chopped sampai layu
2. Masukkan mushroom, sedikit garam, lada itam, goreng hingga agak garing.

3. Masukkan oregano n bayleaves, goreng hingga naik bau
4. Masukkan pula whipped cream, sedikit air n sour cream, masak sebentar
5. Kemudian masukkan serbuk mushroom soup ' Vono'
6. Bila dah menggelegak, masukkan sotong n udang. Jgn masak terlalu lama, nanti liat.
7. Setelah cukup mesra n hampir masak, bolehlah masukkan capsicum dan tomato.
8. Parutkan sedikit kulit lemon(lemon zest).
9. Klu suka masam, boleh perahkan sedikit air lemon.
10. Dan kalau suka ada cheesy taste sikit blh letak sedikit parmesan cheese
11. Akhir sekali masukkan serbuk lada putih, chopped parsley n rasa garam.


Owh yaa.. lupa nak cakap tadi, tapi saya rasa semua orang tau kann.. Spaghetti tu kita rebus dulu dengan air panas hingga lembut. Masukkan sedikit garam dan minyak zaitun atau olive oil ke dalam air rebusan tu. Jangan rebus sampai lembek sangat pulak yer.. dia biar ada kenyal kenyal sikit yer..


Yayyy.. siap sudah.. Apa lagi?? Jom makan laa.. Allahumma Bariklana fi Ma Razaqtana Waqina 'Azabannar.. Alhamdulillah.. Syukur pada rezekimu Ya Allah.. :)



Jemput makan yer semua.. Kalau nak tau camner rasa dia.. sedap ker tak resepi saya yang sempon ni kena cuba laa dulu kann.. hehee.. tekak saya ni okayy ajer.. ;D




~~ SELAMAT MENCUBA ~~

Thursday 12 January 2012

Selamat Pagi CHINTA ;)

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua...

Lama betul saya tak prepare breakfast, tinggal sengsorang jer kat rumah pepagi malas pulak rasanya nak buat breakfast beria sangat. Selalunya bila sengsorang, anak ke sekolah, suami pulak ke pejabat saya makan apa jer yang ringan ringan. Biskut pon jadi gak.. sekadar buat lapik perut.


Arini suami ada rumah pulak, kena laa buat bekfes gak.. tapi tetap yang simple jer sebab japgi dah makan lunch pulak sebelum dia kena pergi kursus. Hmm.. naseb baik anak saya tak jadi duduk asrama, kalau tak tiga hari ni terpaksalah tinggal sengsorang jer. Ni dia yang jadi pagi tadi.. Roti dan telur mata bake jer dalam oven. Actually, lama dah saya teringin nak present camni kat suami saya semenjak nengok Sis Azlita Aziz post cuma masa jer belum mengizinkan. 


Saya potong dulu kulit keliling roti tu, sapukan dengan sedikit butter dan masukkan ke dalam remekin tu. Bahagian yg ada sapuan butter tu di terbalikkan sebelah bawahnya. Belah atasnya pula saya pecahkan sebiji telur, taburkan sedikit garam, serbuk lada hitam, parmesan cheese dan oregano kering. Kemudian buh buah tomato ceri dan fresh parsley dan bakar selama lebih kurang 20 min atau hingga masak dgn menggunakan api atas sahaja. Dah masak makan panas panas. Sempoiiii.. hehee..


Senang jer kann.. Chomel pulak tu.. Terima kaseh Sis Azlita Aziz atas inspirasi ni. :)


Assalamm.. Moga kita semua dirahmati dan dilindungi ALLAH sentiasa.. Ameenn...  


Sunday 8 January 2012

Kari Kepala IKAN JENAHAK

Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu semua..  :)

Apa khabar anda semua harini? Saya.. tengah mood sedeylaa pasal besok dah nak kena anta anak tunggal kesayangan saya ke boarding school.. Camner laa hari hari nak kulalui tanpa dia nanti.. Membayangkan bila balik dari anta dia nanti, rumah akan bertukar sunyi sepi dan bila masuk pula ke biliknya.. duhhh.. sedehnyerr.. tapi apakan daya, memang inilah putaran hidupkan. Terpaksalah terima kenyataan dan cuba biasakan diri pelan pelan.


Pagi tadi ke Pasar Besar, ingat nak masaklaa masakan kegemarannya sebelum dia pergi besok. Ikan tak berapa banyak pulak ada, cuma kepala ikan Jenahak jer yang menambat hati ni. Apa lagi? Masakkan Kari jerlaa.. tupon yang anak bertuah ku tu suka. Tapi arini, selera dia tak seperti selalu. Macam tak berapa selera jer.. Ibu faham.. gurl pon sedey kann.. Demi masa depan yang lebih baik, kita cubalaa samasama berkorban yer anakku.. huisshh.. Tuhan jer yang tau dalam ati perot ni betapa berkecamuknya.

Takperlah.. mehlaa nengok Menu saya arini pulak.. Kari Kepala Ikan, Sayur Buncis goreng ngan telor dan Papadom goreng. Jadilaa untuk kami 3 beranak. Alhamdulillah.. syukur.. :)


Ni BAHAN BAHAN yang saya gunakan :
1 Kepala Ikan Jenahak
50gm Rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan kotak (Ayam Brand)
1 liter Air
1 sudu besar halba campur
1 sudu besar Beras tumbuk
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa


CARA CARA :
Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih kepala ikan tersebut. Sebaik baiknya ia dicuci dgn cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. Kepala Ikan tu juga bolehlah dipotong mengikut citarasa memasing. Saya belah dua jer.

Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dgn cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Rempah kena garing betul betul yer, kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita. Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dgn baik. Beras tumbuk tu juga dah boleh dimasukkan.


Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing. Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah.. ;P


~~Selamat Mencuba~~

DARK CHOC CHEESE Brownies

Assalamualaikum  :)

Rasanya cam boleh tahan lama gak kan tak update blog ni. Sibuk sangat ngan urusan anak sekolah, takda masa sangat nak masak yang special. Ni pon curi curi masa jer buad Dark Choc Cheese Brownies ni, tak syyiokk pulak rasanya bila bukak fridge takder dessert. En Asben pon dah asyik tanya jer, "takder dessert dessert ker?".. Alaahaaii.. so saya buadlah something yang simple jer. Ni festaim saya cuba buat brownies ni taww.. Terketaq ketaq gak nak deco kat atas cheese tu. hmm.. memang kelemahan saya kerja kerja halus camtu, tu pon lain design yg kununnya diplan, lain yang jadi.. hahahaa.. bolehlaa tu utk makan sendiri.. ;D





Resepi ni saya dapat dari teman fb Attap Rumbia.. cuma saya adalaa adjust sikit ikut selera saya dan bahan yg saya ada kat dapo saya tuu.. Neway, maseh banyak banyak yer Attap sudi berkongsi resepi yang mabeles ni.. Moga diberkati Allah.. Ameen..




BAHAN BROWNIES : 
250 gm Butter
1/4 cawan Olive Oil (klu nak lg moist)
1 cawan Serbuk Koko
1/2 cawan Dark Cooking Choc
1 cawan Susu Cair
1 1/2 cawan Gula Kaster
3 biji Telur gred B
1 1/2 cawan Tepung Gandum*
1 camca teh Baking Powder*
1 camca teh Soda Bicarbonate*
1 camca teh esen vanilla
Gaul rata dan ayak bahan bertanda *


 BAHAN CHEESE :
250 gm Cream Cheese
(klu nak tebal skt cheese layer tu, guna 300gm Cream Cheese)
1 cawan Gula Icing
1 biji Telur gred B
1 sudu besar jus Lemon




CARA MEMBUATNYA :
Mula mula lenserkan loyang/bekas untuk membakar berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C selama lebih kurang 10 minit.

UNTUK BROWNIES : 
Cairkan mentega dan minyak jagung (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko, dark cooking choc dan kacau hingga rata. Sejukkan Sebentar.

Kacau gula kaster dan telur dengan whisk tangan jer hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam bancuhan koko dan butter yang dicairkan tadi dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 40-50 minit (bergantung pada oven masing masing gak yer) atau hingga brownies masak.




UNTUK CHEESE TOPPING : 
Putar cream cheese dan gula icing hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Kemudian masukkan jus lemon dan putar hingga sebati. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 20-30 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul betul sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan.



Makan ngan eskrem vanila pon sedapp.. mmm.. nyumnyum.. :P

~~ SELAMAT MENCUBA ~~