Monday 17 September 2012

Gas Habiss!!.. Tapi Jadi Jugak SEAFOOD SPAGHETTI AGLIO OLIOku



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Banyak hari jugak saya tak sempat menjengok kat sini. Banyak sungguh agenda ujung minggu ni aritu termasuklah kenduri tahlil arwah MIL. Selesai sudah kowt bab raya ni tapi minggu depan saya masih lagi ada jemputan untuk majlis hari raya ni. Tak cukup sebulan nampaknya raya ni rupanya. hehehh..




Al-Qesahku pada N3 ni taklah cerita baru sangat. Cuma pada malam ini barulaa sampai queue dia dan juga baru berkesempatan nak duduk menghapdet. Minggu lepas camtu, setelah kebuntuan melanda memikirkan apa yang dimasak saya finally decide to cook Spaghetti Aglio Olio jer. Udang dan Sotong pun adalaa serba sikit dalam peti tu. Bolehlah kiranya jadi SEAFOOD SPAGHETTI AGLIO OLIO peberet anakku Farrah tu. Sekali bila baru jer menumis gas boleh mematikan dirinya.. duhhh.. Gas spare tu memang ada cuma saya tak boleh nak angkat tong gas yang berat tu. Kang macam macam pulak masak yang datang. Nak tunggu En. Hubby balik, lambat sangatlaa pulak. Tah macammana tetiba terlintas dalam kepala ni, "Guna rice cooker pun boleh gak ni".. Apa lagi?? terpaksalah beralih arah kekdah memasak tu dalam rice cooker jer. Alhamdulillah.. dapat kami makan.. jadi gak sang Aglio Olio tu walaupon dalam rice cooker.




Kalau ada sesapa nak resepinya boleh skodeng kat SINI jika nak yang versi pedas. Saya dah pernah share resepinya sebelum ini. Pada yang tak tahan pedas boleh nengok resepi YANG INI. Seafood yang nak digunakan tak semestinya follow yang saya buat. Ikutlah citarasa memasing atau apa bahan yang ada dan senang dapat.




Selamat Mencuba yer.. Moral of the story, apa apa pon boleh ajer kann.. Asalkan ada kemahuan pasti ada jalan.. Akhir sekali pada teman teman dan sanak saudara yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah, Selamat menjalani ibadah Haji. Moga dipermudahkan dan mendapat Haji yang Mabrur.. Insyaallah.. 





8 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Shiela :D
Lama betul tak masak spaghetti ni...Insya Allah bila anak2 ada kat rumah nnt boleh cuba...

Amie said...

Betul tu Sheila... kalau nak seribu daya ye, syukurlah ada bekalan letrik masa tu ye he he heh masak jugalah spaghetti tu dalam rice cooker.

rahel said...

Sayangnya klu spagetti ni rosak akibat kehabisan gas...mujurla ada rice cooker...sedap nampak spaetti ni..

zila norazila said...

kak shiela,
nampak sedap sgt kak..kecur zila tgok..:)

inahar ali said...

salam sheila..perghhh ni mmg feveret anak2 akak kt umah..tgk pun dh menjejes ayaqliuq..hehe!!

ibundo said...

salam shiela. Datang dapo shiela ni mesti bawap kain pengelap mulut. Air lio asek meleleh je haha..

Mamasya said...

Aslmkum sis.betul tu..kalau nak seribu daya....rice cookerpun boleh masak2...

Shiela said...

Wsalam laling laling semua.. terima kasih sudi singgah. Suka sangat baca komen komen uols. :)