Wednesday 24 September 2014

PULUT KUNING & KARI TELUR BERKERISEK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah 23rd September datang lagi dan menambahkan usiaku. Makchiq dah genap 44 tahun harini uols.. Tua lagi.. Tapi makchiq OK jer.. Well, besday orang tetua ni apalaa sangat kann.. Apapun saya bersyukur kerna dilahirkan ke dunia ini.. Tq Mak.. Tq Abah.. yang telah membesarkan dan mengenalkan kepada saya erti DONIA ini yang sebenarnya. Jasa kalian tidak pernah kulupakan. Moga diberkati Allah sentiasa dunia dan akhirat. Ameenn..




Sebenarnya saya tidak punya banyak masa untuk menulis dan membebel. Ada sesuatu yang agak penting bagi diri saya perlu saya siapkan ASAP. Saya cuba curi masa jer ni nak stori sikit dengan uols. Sesaja laa nak bagi spesel sikit on my besday ni kann.. saya buatlaa Pulut Kuning dan Kari Teloq peberet saya. Haa.. tak peduli laa orang lain suka ker tak kann.. Yang penting besday den, tokak den laa kann.. hahaa.. Memang selamat betul laa kann.. tah berapa kali makchiq dok ngulang makan.. Tapi yang best tu harini ada class ngaji. Pak Ostadz datang ngajar. Dapatlaa dia merasa sama dan membaca doa sempena hari lahirku.. Ameen Ameenn Ya Rabbal Aa'lameenn.. Alhamdulillah.. Syukur.. Moga segalanya dimakbul Allah SWT.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman teman serta sanak saudara atas ucapan dan doa buat saya. Terharu sungguh atas ingatan kalian semua yang dari berbagai corong dan siaran.. Terbaekk sehh.. Maaflah jika ada yang saya tak sempat membalasnya satu persatu. Moga Allah SWT memberkati kalian semua. Ameenn..




Resepi Pulut Kuning dan Kari telur ni sebenarnya saya dah pernah kongsikan dulu. Boleh rujuk N3 INI untuk melihat gambar yang lebih mantop.. echechehh.. Mantop ker?? hehee.. Anyway saya kopipes laa jugak pada N3 ni..

Untuk menyediakan Pulut Kuning ni, memula 1kg pulut yang telah dibersihkan tu hendaklah direndam bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam keping, seeloknya semalaman baru dia betul kembang dan warna kuning tu akan serap dengan cantek. Asam keping tu untuk mengilatkan pulut tu bila sudah dimasak nanti. Keesokan paginya, pulut tu dibilas sekali dan dikukus sehingga 3/4 masak. Sambil tu masak 400ml santan pekat dengan beberapa helai daun pandan dan 3 sudu kecil garam (ikut citarasa) dengan api perlahan hingga mendidih.

Kemudian keluarkan dulu pulut dari kukusan dan gaul rata bersama santan tadi. Tuang santan tu sedikit demi sedikit dan biar dia serap sekejap dan Siap.. Boleh juga kalau nak kukus balik sekejap tapi saya yang menurut perintah Mak saya, tidak suka kukus lagi selepas dibagi santan tu. Nanti manis dia hilang. Lagipun santan tu pun kita dah masak pun tadi. So, terus hidangkan atau boleh juga dimasukkann dalam acuan untuk mencantikkan lagi hidangan kita.




Kari Telur ni pulak, macam kari biasa jugak cuma yang lainnya saya ada letak kerisik dan serai. Jom nengok cane saya buatnya.. :)


BAHAN BAHAN :

10 biji Telur Rebus
3 biji Ubi Kentang (dibelah 4)
300ml Santan
600ml Air (blh adjust ikut kepekatan yg suka)
5 sudu besar Rempah Kari Daging
5-7 ulas Bawang Merah*
3 ulas Bawang Putih*
1 inci Halia*
3 sudu Besar Kerisik
2 sudu Besar Tomato Puree
1 cawan Minyak utk menumis
3 batang Serai (dititik)
3 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
Sebatang Kulit Kayu Manis
Sedikit Daun Kari
Garam secukup Rasa

Hiasan : boleh bubuh buah Tomato
Tumbuk atau blend semua bhn bertanda *




CARA CARA :

Mula mula panaskan minyak dan tumis serai, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian tumis pula bahan yang telah ditumbuk atau diblend tadi hingga kuning keemasan. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan daun kari. Tumis dengan api perlahan supaya rempah tu tidak hangit dan pahit. Masukkan sedikit garam dulu. Bila rempah tu dah mula garing dan naik bau, masukkan tomato puree dan kerisik tadi dan masak sebentar. Selepas itu masukkan sedikit air dulu dikuti dengan ubi kentang dan telor. Bila ubi kentang hampir empuk masukkan pula santan. Teruskan memasak hingga menggelak, kemudian kecilkan jer api dan masak sekejap hingga terbit minyak. Barulaa cantek rupa kari kita tu nanti. Sebelum matikan api baru masukkan buah tomato yer. Kari ni bagi dia pekat sikit, baru laa kick makan dengan Pulut Kuning tu. Haaa.. sempoi jer kannn.. Cubalaa.. Tak payah tunggu besday. Sesekali sedap jugak makan Pulut Kuning dengan Kari Telur ni. Selalu takleh laa.. Bahayaa.. OK.. Selamat Mencuba.. ;)


Friday 12 September 2014

PERGIMU~~TAK KEMBALI LAGI



Tanggal 3.6.1977 pada hari Jumaat bertempat di bandar Johor Bahru kami seisi keluarga sungguh teruja dengan kelahiran seorang insan yang diberi nama Mazlina binti Abdul Rahman. Anak ketiga dalam adek beradek kami. Masa tu saya baru Darjah 1.




Membesar di hadapan mata saya dari seorang anak yang comel hinggalah besar panjang menjadi isteri orang. Tangan ini juga sering menyusukannya, menyuapkan makannya dan memandikannya. Yerlah.. saya kakak yang sulung. Petang petang selalu saya carry kat belakang basikal dan bawak pusing jalan jalan. Ingat tak dek, kita pernah tergolek masuk dalam semak bila basikal yang akak kayuh terbabas.. habis calar balar badanmu. Akak sampai ketakutan nak balik rumah.. Takut kalau Abah dan Mak marah sebab Alin adalah anak kesayangan semua. Tapi ku tolak jugalah basikal yang dah bengkok terpele'ot tu.. takkan nak tinggal dalam semak tu.. Sampai di rumah, kena marah ker tak yer.. tahlaa dah lupa pulak.. macam kena, macam tak.. hehee.. tak kisahlah.. Banyak sungguh kenangan manis kita sekeluarga kann.. Susah senang.. Suka duka..




6.9.2014 pada umurmu yang baru menjangkau 37 tahun sekitar jam 2-3 petang akibat kegagalan Buah Pinggang dikau menghembus nafasmu yang terakhir deq.. Kau tinggalkan kami yang sangat menyangimu.. Terketar ketar menerima berita yang sangat sedeh.. Hampir seminggu sudah berlalu, akak yang masih lagi bertatih tatih menerima hakikat ini terpaksa akur dengan kehendak yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah SWT sangat menyayangimu deq.. Tiada daya kami menahannya.. Apa pun akak rasa puas kerana dapat memandikanmu buat kali terakhir, solatkan dan terus menghantarmu ke tempat persemadianmu. Itulah saja sentuhan yang terakhir dari akak buat jasadmu deq. Segala jasa baikmu pada kami sekeluarga sepanjang hayatmu tak pernah akak lupakan dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. 




Masih terbayang bayang senyumanmu dan terngiang ngiang gurau sendamu deq. Di kala akak dalam kesusahan dikau datang hulurkan tangan tanpa sebarang rungutan. Bahkan dikau datang dengan senyuman manis dan begitu jugalah pada sesapa pun. Alin cukup terkenal dengan seorang yang ceria, baik hati dan peramah. Setiap yang mendapat perkhabaran pemergiannya pasti ucapkan perkara yang sama.. "Terbayang bayang senyuman dia".. Allahu Akbar..  :'(




Sesungguhnya kami semua sangat menyangimu tapi apakan daya Allah lebih menyayangimu. Semoga adinda tenang di sana dan sentiasa dibawah rahmatNYA.. Insyaallah kita akan bertemu semula di Jannah.. Ya Allah kau ampunkanlah dosa dosanya.. Kau terimalah segala amal kebajikannya dan jauhkanlah daripada seksa Mu yang pedih.. Kau peliharalah adekku sebaik baiknya hingga ke Hari Khiamat. Jadikanlah alam kubur tempat yang paling selesa buatnya Ya Allah.. Ameen.. 




Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada teman teman dan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat menziarahi Arwah dan memberi sokongan moral pada kami sekeluarga. Juga setinggi tinggi terima kasih pada mereka yang turut berusaha menguruskan Jenazah Arwah dengan sempurnanya. Tidak dilupakan juga pada yang tak putus putus mendoakan Arwah, tiada apa di muka bumi ini yang setimpal dgn jasa baik anda semua.. “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”.. Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik. 

Damailah dikau di sana wahai adeqku Allahyarhamah Mazlina binti Hajah Rohayah. Insyaallah bila saatnya tiba kami akan menyusul. Itu janji Allah.. Kita pasti bersatu kembali di alam yang kekal.. AL FATIHAH..




Ya Allah.. Rindunyaaa.. Apa lagi bila terbaca luahan hati anakku Farrah pada Arwah Anjangnya di instagram.. Tak tertahan air mata ini.. Allah..



Thursday 4 September 2014

CARAMEL CAKE




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengikut setia saya. Lama jugak saya tak bersiaran kann.. Saya tersangatlah sibuk menyiapkan segala tempahan. Jangankan masa nak berblog, masa nak nengok muka sendiri kat cermin pun tak sempat.. Seb baek dak Farrah rajin ajak 'Selfie', dapatlaa jugak nengok rupa sendiri.. hehehehhh..

Apapun saya tak pernah lupa pada janji saya.. Ramai yang bertanya resepi cake caramel yang saya pernah buat. Maka di kesempatan ini saya cuba berkongsi semampu saya. Sebenarnya duluuuuuu saya dah buat cake ni dengan menggunakan resepi dari blog AZLITA MASAM MANIS yang saya difahamkan adalah resepi asal MUNIRA BAHARUM. Memang sedap cake ni, kalo abang Jebat tu sekali hadap setengah biji cake. Tinjau lagi besok, dah tinggal tapak cake.. adehh.. Tapi saya teramatlaa malasnya nak membuat cake ni. Banyak tempahan saya tolak sebab kerjanya yang sangat rumit. Mana nak buat caramelnya, pastu pudingnya lagi dan seterusnya cake sponge tu pulak. Kalo tak chaya meh nengok resepi terkini saya yang telah diupgrade sikit untuk menyedapkan dan menyejukkan lagi tekak memakannya.




Sediakan loyang berukuran 7in. Tabur 2 sudu besar gula pasir rata di atas loyang dan bakar atas dapur dengan api perlahan. Biarkan hingga sedikit keperangan dan semua gula hancur. Ketepikan. AWAS jangan sampai hangus yer.. Nanti Pahit. Ia juga akan crack sedikit tapi takper.. no hal..




BAHAN PUDING
1 tin Susu Cair
3 biji Kuning Telur
2 biji Telur
1 sudu kecil Tepung Kastard
60gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla Esen 

Campurkan semua dan kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar melarutkan gula jer. Biarkan seketika supaya buih buih hilang dan puding akan nampak halus tanpa banyak sangat lubang lubang. Selepas itu bila bahan cake dah ready baru tapiskan masuk ke dalam loyang gula hangus tadi.




ADUNAN CAKE A
3 biji Kuning Telur 
60gm Gula Castor 
1sudu kecil Vanilla Esen 
45ml Minyak Jagung  
135ml Susu Cair

Pukul telur kuning, minyak dan susu sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

NOTE : PASTIKAN DIBUANG TALI PUSAT PADA SEMUA TELUR UNTUK MENGELAKKAN DARI BAU ATAU RASA HANYIR TELUR YANG KUAT.




ADUNAN CAKE B
140gm Tepung Gandum 
1sudu kecil Baking Powder 
Ayak 2 bahan ni 

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak
Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.




MERINGUE 

6 biji putih telur 
(pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning)
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar tar

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh







Masukkan 1/3 bhn merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.



Kemudian tuangkan terus adunan kek ke atas Puding. 
**Tak perlu masak dulu Puding Caramel.**
Seterusnya, belang belangkan adunan.
Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan purple di tengah-tengah lapisan hijau.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.






Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven kurangkan pada suhu 160C dengan menggunakan api bawah sahaja. 




KAEDAH STEAMBATH

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.




Okay uols.. Tak banyak gambar step by step yang dapat saya kongsikan sebab saya buat keje sengsorang. Ini jer termampu saya. Ada kesempatan nanti saya tambah lagi. Selamat mencuba yer.. Saya tak berapa sihat ni, tak larat nak lelama depan screen ni. Ada umur, ada rezeki kita jumpa lagi.. Assalamualaikum..